
Memiliki wajah yang kacak dan persis pelakon Korea, Nazim Othman seringkali dipilih untuk membintangi sebarang drama yang mempunyai unsur-unsur tersebut.
Baru-baru ini, pelakon itu telah berkongsi satu rakaman viseo di laman Instagram miliknya.
Menerusi rakaman tersebut, Nazim telah berkongsi satu scene lakonannya dalam drama Cinta Teruna Kimchi.
“Autumn In My Heart.”, tulisnya ringkas.
Namun, perkongsiannya telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen malah ada yang mempersoalkan kenapa Nazim berbahasa Indonesia di dalam watak tersebut.
Tidak mudah melatah dengan komen netizen, Nazim turut membalas kepada komen tersebut dan memberi maklum balas.
Akan tetapi, ada juga peminat yang turut memuji lakonan Nazim dalam drama tersebut.
Sumber: Instagram Nazim Othman
Leave a Reply