Farah Nabilah Dan Suami Pilih Pulau Pinang Untuk Short Honeymoon, “Saya Teringin Nak Makan Nasi Kandar..”

Setelah selesai majlis pernikahan dan beberapa majlis respsi, pelakon Farah Nabilah mendedahkan bahawa dia dan suami memilih Pulau Pinang untuk berbulan madu dalam masa yang singkat.

Ujarnya, disebabkan dia dan suami masih mempunyai tuntutan kerja yang perlu diselesaikan, jadi mereka terpaksa menangguh dulu niat untuk berbulan madu di negara luar.

“Perancangan untuk berbulan madu belum ada apa-apa lagi. Saya dah ada penggambaran yang akan dimulakan tidak lama lagi, begitu juga dengan Amirul yang bekerja sebagai juru terbang.”

 

“Apa yang pasti, kami akan pergi ke Pulau Pinang sebagai short honeymoon kami kerana saya teringin nak makan nasi kandar..”, kata artis kelahiran Kelantan itu.

Selain itu, Farah turut mendedahkan bahawa dia telah memilih lokasi rumah mereka yang berdekatan dengan keluarga.

“Sebenarnya rumah kami masih lagi dalam proses pengubahan, dan kami akan berpindah dalam masa beberapa bulan lagi.’

 

“Kami memilih untuk berdekatan dnegan rumah keluarga kerana saya tidak pernah berjauhan dengan keluargr, begitu juga dengan Amirul yang rapat dengan mak dan keluarga.”

“Jadi, bila rumah dah dekat mudah lah kami untuk melawat dan meluang masa bersama keluarga.”

Terdahulu, Farah Nabilah telah mendirikan rumah tangga bersama Amirul pada 20 Disember 2019 dan telah menerima nilai wang hantaran sebanyak RM77,777.77.

Sumber: Instagram Farah Nabilah, Google

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*