“Ini waktu terbaik untuk Amyra berehat..”, Amar melarang isteri berlakon buat sementara waktu, ini sebabnya…

Baru-baru ini, pasangan selebriti Amar Bahrin dan Amyra Rosi telah berkongsi berita gembira dengan kehamilan kali keduanya.

Lantas dengan itu, Amar memutuskan untuk melarang Amyra mengambil sebarang tawaran berlakon selepas drama Cemburu Seorang Perempuan.

 

 

View this post on Instagram

 

SPAM! . . #CEMBURUSEORANGPEREMPUAN . . Tq for watching guys ????

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli) on

Ulas Amar, ini ialah masa yang terbaik untuk Amyra berehat sekejap daripada berlakon dan menumpukan perhatian kepada lakonan.

 

“Saya sendiri telah melihat bagaimana penatnya Amyra ketika menjalani penggambaran untuk Cemburu Seorang Perempuan.”, ulasnya menerusi Gempak.

“Jadi sebab itu saya melarang Amyra daripada mengambil tawaran berlakon buat sementara waktu.”

“Saya tidak tahu sampai bila Amyra akan berehat, mungkin sampai selepas habis pantang atau tengok keadaan anak kedua kami nanti.”

 

Namun, jelasnya lagi Amyra hanya berehat daripada aktiviti lakonan tetapi aktiviti ‘endorsement’ tetap berjalan seperti biasa.

Tambah Amar lagi, dia tidak ingin ambil tahu jantina anak keduanya sehingga sampai masanya.

“Amyra dah tahu jantina anak kami, tapi saya enggan ambil tahu buat masa sekarang. Saya ingin ianya menjadi kejutan buat saya pada majlis ‘baby shower’ nanti.”

Pasangan ini telah berkahwin pada 11 November 2016 dan dikurniakan seorang cahya mata lelaki, Aqeef Anaqi.

 

Sumber: Instagram Amyra Rosli, Amar Bahrin, Gempak

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*